12 Desember 2013

NUZULUL QUR'AN


NUZULUL QUR’AN
A.   Pengertian Nuzul Al-Qur’an
Dari segi bahasa “nuzul” (نز ول  )berasal dari bahasa نزل- ينزل- نزول  artinya turun. Sedangkan nuzul al-qur’an kepada Rasulullah adalah penerimaan al-Qur’an oleh Rasulullah. Turunnya Al-Qur’an kepada Rasulullah memberikan pengertian turun dari atas ke bawah. Demikian itu karena tingginya kedudukan Al-Qur’an dan besarnya ajaran-ajarannya yang dapat mengubah perjalanan hidup manusia mendatang serta menyambung langit dan bumi serta dunia akhirat.
Daripada segi perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul Al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan Al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian Al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul Al-Quran bererti penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.
Sedangkan kata Nuzulul Quran yang dalam bahasa Indonesia diterjemahkan dengen turunnya Al-Quran, perlu dipahami pengertiannya secara benar, supaya tidak terjadi pemahaman yang keliru. Misalnya timbul anggapan bahwa turunnya Al-Qur’an itu sama dengan turunnya benda-benda yang mempunyai berat jenis (BD) tertentu.
Dalam hubungan penggunaan kata nuzul dan sejenisnya dalam bahasa Arab, Abd. Azhim Az-Zarqani menulis sebagai berikut:
Artinya : Secara bahasa, kata nuzul, dalam penuturan lain diucapkan untuk arti pindahnya sesuatu dari atas ke bawah; terkandung dalam makna nuzul tersebut bergeraknya sesuatu dari arah atas ke bawah.
Membicarakan tentang turunnya  Al-Qur’an pada umumnya berkisar pada ayat yang diturunkan pertama kali dan ayat yang terakhir, yaitu kapan dan dimana turunnya, dan ayat-ayat apa yang diturunkan pada masing-masing peristiwa .saat turunnya al-qur’an pertama kali disebut yaumul furqan yaitu karena al-qur’an itu membawa ajaran-ajaran dan hukum-hukum yang jelas, yang member batas yang terang antara yang hak dan yang batil, antara yang salah dan yang benar, dan antara yang halal dan haram.
Kemudian disebutkan dalam al-qur’an dalam surah Al-Anfal bahwa yaumul furqan itu bersamaan jatuhnya dengan hari bertemunya dua pasukan atau dua golongan.

B.   Proses Pewahyuan Al-Qur’an
1.    Dialog (pembicaraan) Allah dengan Malaikat tanpa melalui perantara.
2.    Al-Qur'an tertulis di Lauhul Mahfuz.

a.   Cara Wahyu Allah turun kepada Nabi.
1) Mimpi yang benar dalam tidur; Tidaklah melihat berdasarkan hadits Aisyah r.a. Sesungguhnya apa yang mula-mula terjadi pada rasullullah SAW adalah mimpi yang benar di waktu tidur, beliau tidaklah melihat mimpi kecuali mimpi itu datang bagaikan terangnya pagi hari.
2) Kalam Ilahi dari balik tabir, Seperti yang terjadi pada musa as. "dan tat kala musa datang untuk munajat dengan kami diwaktu yang telah kami tentukan dan tuhan telah berfirman langsung kepadanya, musa berkata : Wahai tuhan Tampakanlah dirimu kepadaku agar aku dapat melihat engkau (QS.Al-A'raf; 143) Selanjutnya firman Allah : Dan Allah telah berbicara kepada musa secara langsung "(QS.Al-Maidah; 64).
3) Dihembuskan kedalam jiwa Nabi perkataaan yang dimaksudkan, Sebagaimana Firman allah " dan tidak ada bagi orang manusiapun bahwa Allah berkata, kecuali dengan perantaraan wahyu  atau dibelakang tabir. (QS.Asy-Syuura: 51).

b.   Sedangkan Wahyu yang disampaikan dengan melalui perantaraan adalah:
1)  Datang kepadanya suara gerincingan lonceng yang sangat keras. Cara inilah yang dirasakan Nabi paling berat " Apabila Allah menghendaki suatu urusan di langit maka para malaikat memukul mukul sayapnya karena tunduk kepada firmanya bagaikan gemerincingya mata rantai di atas batu batu yang licin.
2)  Malaikat menjelma kepada rasul sebagai seorang lelaki dalam bentuk manusia, jibril pernah datang kepada Nabi dalam rupa Dihyah ibn Khalifah, seorang lelaki yang sangat elok rupanya.
3)  Jibril memperlihatkan dirinya kepada nabi dalam rupanya yang asli yang mempunyai 600 sayap.
4)  Israfil turun membawa beberapa kalimat wahyu, sebelum jibril datang membawa wahyu Qur'an.
5)  wahyu datang seperti suara lebah.
6)  paham yang dimasukan kedalam hati nabi dikala beliau berijtihat.

C.   Hikmah Al-Qur’an Diturunkan Secara Berangsur-angsur.
Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, di pahami dan dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya. Sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman r.a. Antara hikmat utama Allah SWT merencanakan penurunan Al-Quran kepada baginda Rasulullah SAW ini secara beransur-ansur adalah seperti berikut :

1.    Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinya. Ini kerana dengan turunnya Jibril a.s. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah SWT kepada Rasul-Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah s.a.w. Baginda dapat merasakan pertolongan serta inayat Ilahi tersebut. Tanggungjawab sebagai Nabi adalah berat dan Rasulullah sebagai seorang manusia yang sudah tentu akan menghadapi pelbagai cabaran getir dalam menyampaikan risalah bukan sahaja menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun malah ancaman nyawa daripada kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan orang munafik. Tentulah beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua itu.
2.    Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami Al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan.
3.    Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah Al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya.
4.    Untuk menunjukkan bahawa sumber Al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain.
5.    Untuk meneguhkan dan menghibur hati umat islam yang hidup sesama dengan nabi. Mereka semenjak permulaan perjuangannya sudah banyak menemukan dan merasakan kepahitan dan penindasan. Untuk mempermudah penghafalan mereka, maka sangat signitifikan jika Al-Qur’an di nuzulkan secara bertahap ; terlebih mereka itu pada umumnya buta huruf.
Untuk memberikan kesempatan sebaik-baiknya kepada umat Islam untuk meninggalkan sikap mental dan tradisi-tradisi jahiliyah yang negative secara berangsur-angsur. Jika hal ini dilakukan secara sekaligus besar kemungkinan missi yang dilakukan Nabi s.a.w. gagal, khususnya dalam mengikis kepercayaan jahiliyah mereka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar